Foto saya
16 | Port Klang | Single ✔ Hello ! Just call me Eyna I was born on 15th Jan 1995 I am 16 years old on this year..Thanks for follow me,and.. thanks for being my friends guys! love you all! rarely update right now..busy and lazy to update.. I am studying at SMK (P) Raja Zarina,Port Klang...and i'm also biology student..want to ask me something?.. Just comment me for shortcut I will reply back if I'm not busy.. ask me for my email thank you....

Khamis, 2 Jun 2011

SINOPSIS FILEM KONGSI

hari selasa yg lepas..Ina pergi tgok satu filem ni..salah satu faktor yg menarik Ina pergi tgok filem ni adalah di sebabkan hero dalam filem ni nak tau spe..??? jeng jeng jeng ..!!!


dashing kn..OMG !! jap-jap..ade lg

OMG !!! handsome kn...kn..kn..ni Ina yang punye hehe.. jgn marah

ok-ok back tu topic kite pada hari ni..Ina da tgok cite ni..mmg best..tp Ina x tau nk cite balik mcm ne kat kowg sume..klaw nk tau tgok sndiri la..
tapi Ina ade la copy and paste sipnopsis filem ni..so bace la.. hope kowg enjoy..

KONGSI merupakan sebuah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff (Fizo Omar) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap yang terdiri dari tiga kaum utama, Melayu, Cina dan India ini menjadi huru hara dengan kematian seorang demi seorang ahlinya. Pergaduhan besar hampir berlaku kerana mereka saling tuduh menuduh antara satu sama lain apabila berlaku pembunuhan.

Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Olla (Yana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana pembunuh tersebut licik dan bergerak sendirian. Penyisatan ASP Sharif akhirnya berjaya menjejak kehadiran seorang pembunuh upahan bernama Tumulak (Shaheizy Sam) yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa dan aksi berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap tersebut.

Namun, segala ancaman yang dilakukan oleh Tumulak adalah didalangi oleh Kimpedu (Bront Palarae). Kimpedu mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana keinginannya untuk menakluki kawasan di Kuala Lumpur.

ASP Sharif yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya itu. ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik tetapi ianya tidak mematahkan semangat ASP Shariff dalam menjalankan tugasnya.
Adakah ASP Shariff mampu mematahkan usaha Tumulak sekali gus melumpuhkan aktiviti kongsi gelap di Kuala Lumpur? Nantikan KONGSI di pawagam mulai 12 Mei ini bagi merungkai segala persoalan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan