Assalamualaikum .. [ xjawab dosa kalau jawab sayang ] J
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi mengajar saya selama 2 tahun ini. Saya sangat bersyukur kerana di kurniakan seorang guru yang baik dan menghiburkan.
Sepanjang tahun saya memerhatikan setiap tingkah laku cikgu dan cara cikgu berkomunikasi dengan orang. Sedikit sebanyak telah mengajar saya untuk membaiki kelemahan diri saya dan menambah baikkan kepada diri saya untuk bergaul dengan orang. Semua orang ada kelemahan tersendiri tetapi cikgu berjaya menyembunyikannya.
Sepanjang cikgu mendidik saya, saya dapati banyak perkara yang baru telah cikgu cipta untuk menhiburkan kami dalam kelas PJPK ini.
Seperti yang saya katakan sebelum ini saya x minat dengan kelas PJPK ini, tapi cikgu cakap “Saya akan buat awk suka dengan kelas saya”. Saya pegang kata-kata cikgu itu. Tetapi kata-kata cikgu tidak semata-mata hanya cakap kosong. Cikgu berjaya melakukannya. Hasilnya secara tidak lansung saya tertarik dan terhibur dengan kelas cikgu.
Cikgu juga telah menambahkan keyakinan dalam diri saya. Contohnya semasa membuat pembentangan di dalam kelas. Walaupun saya hanya membentangkannya dihadapan rakan sekelas saya, perasaan gemuruh dan takut tetap ada dalam diri. Sekarang perasaan tetap ada tapi telah berkurang.
Semasa sesi pembelajaran, banyak nilai-nilai moral yang cikgu terapkan dalam diri saya dan rakan-rakan yang lain. Cikgu juga banyak menyedarkan kami tentang kehidupan dunia agar kami tidak tersilap langkah untuk meneruskan alam kehidupan lebih-lebih lagi di saat kami di alam remaja yang ingin mengetahui benda-benda yang baru untuk di teroka. Cerita-cerita dan pengalaman yang telah cikgu ceritakan kepada kami semuanya bersangkut paut dengan kehidupan kami sekarang. Kesan daripada cerita-cerita tersebut telah membuka mata saya untuk bijak menilai mana yang baik dan buruk dan membuat keputusan yang bijak.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana banyak mendidik saya serta segala teguran dan nasihat cikgu yang cikgu berikan. Saya juga berharap agar tahun depan cikgu masih mengajar kami lagi dalam subjek PJPK ini. Akhir sekali, Maafkan segala salah silap saya yang pernah sya lakukan terhadap cikgu.
Sekian,
Terima kasih J . from : ct. masrina 4c ®
